Pengakuan Bekas Pelajar Kami

"Saya berpuas-hati dengan cara pengurusan, pengangkutan dan pembelajaran yang bersistematik, mudah difahami serta pemanduan yang selamat". - Cik Nor Nik Azni,Pendidik
"Walaupun penerimaan saya lambat, tetapi dengan cara pembelajaran yang baik dan latihan yang kerap, saya boleh memandu dari Taman Universiti ke Danga Bay dengan selamat. Saya sungguh berpuas-hati dengan cara Cikgu Isman mengajar. Terima kasih Cikgu Isman". - Puan Hasnah Ithnin, Taman Universiti
"Saya Azura, pelajar UTM Skudai. Walaupun masa belajar memandu tidak menentu disebabkan banyak kuliah dan latihan PALAPES, tetapi dengan kesabaran dan tunjuk-ajar Cikgu Isman, akhirnya saya dah dapat lesen "P" kereta. Sekali ujian saja tau..! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". - Cik Azura Mohd Bakri, Mahasiswi UTM
"Saya sudah buat banyak tinjauan ke sekolah memandu atau Institut Memandu, dah tanya rakan-rakan dan saudara terdekat. Kemudian seorang sahabat memberi nama Cikgu Isman di Institut Memandu Riakar S/B. Beliau boleh ambil dan ajar sekali katanya. Cubalah, pendahuluannya pun murah, RM250 sahaja termasuk ujian undang-undang sekali. Jadi saya mula mendaftar melalui telefon/sms dan masa kursus saya bawa bayaran (wang) dan terus masuk kelas. Mudah, senang dipraktikkan dan terjamin lesennya. Diam tak diam saya sudah dapat lesen "P" dan pergi-balik memandu kereta ke tempat kerja. Mudah kata, dengan bimbingan Cikgu Isman, saya memandu dengan penuh yakin dan banyak tips yang diberikan oleh beliau".
- Puan Norhaslinda ,Pekerja Bank
"Bayaran yang berpatutan, boleh ansur-ansur, masa belajar yang tidak terhad, ikut kemampuan kita. Kenderaan disediakan pergi dan balik. Saya rasa pengurusan Cikgu Isman adalah baik. Lega kerana saya sudah dapat lesen "P". Takut juga kata orang, kena belajar 50 jam kalau ambil lambat nanti. Dah dapat lesen ini, kena jaga baik-baik, jangan sampai kemalangan dan kena saman, pesan Cikgu Isman". - En. Hafiz Suparman, Taman Universiti

Ramai lagi mereka yang sudah mempunyai lesen memandu dari kami. Anda bila lagi? Daftar diri anda sekarang.



Copyright © 2006-2013 www.ismanjb.Com. All Rights Reserved.